PROFESSIONAL SPEAKER

PROFESSIONAL SPEAKER

Sunday 14 December 2014

REMAJA HEBAT ZAMAN RASULULLAH




Didikan agama yang bersungguh oleh para sahabat r.a terhadap anak-anak mereka bermula dari mereka kecil lagi. Berbeza dengan keadaan kita sekarang yang tidak mengendahkan sangat kelakuan dan agama kanak-kanak dengan alasan "mereka masih kecil".

Sebagai ibubapa, cuba kita tanya diri kita, adakah kita sudah memperlengkapkan anak-anak kita dengan ilmu Aqidah, Syariah dan Akhlaq yang betul? Atau kita hanya melepaskan tanggungjawab tersebut kepada guru-guru di sekolah atau pihak-pihak lain? Maka, adakah kita pasti anak-anak kita sudah belajar agama dengan betul, atau mereka hanya belajar pada nama tetapi tidak meresap ke dalam hati?

"Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu ......." [Surah al-Tahrim : ayat 6]

Mujahid mengatakan, "Bertaqwalah kepada Allah dan berpesanlah kepada keluarga kalian untuk bertaqwa kepada Allah."  Sedangkan Qatadah mengatakan, "Yakni hendaklah engkau menyuruh mereka berbuat taat kepada Allah dan mencegah mereka durhaka kepadaNya. Dan hendaklah engkau menjalankan perintah Allah kepada mereka dan perintahkan mereka untuk menjalankannya, serta membantu mereka dalam menjalankannya. Jika engkau melihat mereka berbuat maksiat kepada Allah, peringatkan dan cegahlah mereka."

Demikian pula apa yang dikatakan oleh adh-Dhahak dan Muqatil ibnu Hayyan, dimana mereka mengatakan, "Setiap Muslim wajib mengajari keluarganya, termasuk kerabat dan hamba sahayanya, berbagai hal berkenaan dengan hal-hal yang diwajibkan oleh Allah Ta'ala kepada mereka dan apa yang dilarangNya." [1]


Kisah keghairahan Umair r.a untuk menyertai Jihad

Umair r.a ialah seorang hamba kepada Abu Lahm r.a dan beliau masih kecil pada ketika itu. Keghairahan menyertai jihad menjadi sifat kehidupan orang pada zaman itu, tidak kira sama ada masih kecil ataupun dewasa. Umair r.a berkeinginan untuk menyertai Perang Khaibar. Tuannya telah pergi menemui Rasulullah S.a.w dan memberitahu sokongannya supaya Umair r.a diberi keizinan.

Rasulullah S.a.w telah mengizinkannya dan telah memberikan kepadanya sebilah pedang yang telah digantung pada lehernya. Namun demikian, pedang itu terlalu besar berbanding badannya yang kecil, maka pedang itu terheret ke bumi. Dalam keadaan itulah beliau menyertai Perang Khaibar. Oleh sebab beliau masih kecil dan merupakan seorang hamba maka beliau tidak mendapat bahagian yang sepenuhnya daripada harta ghanimah tetapi beliau hanya diberikan sedikit barang sebagai hadiah. [2]

Kisah dua remaja Ansar membunuh Abu Jahal

Abdur Rahman ibnu 'Auf ialah salah seorang sahabat yang besar lagi masyhur. Beliau berkata, "Sewaktu Perang Badar, saya berdiri dalam barisan pejuang-pejuang. Saya melihat di kiri kanan saya ada dua orang budak Ansar. Saya terfikir alangkah baiknya kalau saya berada di antara orang-orang yang kuat. Apabila ada keperluan, boleh tolong menolong antara satu sama lain. Di kedua-dua tepi saya hanya ada budak sahaja. Apakah yang mereka boleh tolong? 

Tiba-tiba salah seorang dari mereka memegang tangan saya lantas bertanya, "Pak cik, adakah pak cik kenal Abu Jahal?"  Saya berkata, "Ya, saya kenal. Apakah yang kamu kehendaki?"  Budak itu menjawab, "Saya mendengar bahawa dia telah mencaci Rasulullah S.a.w. Demi zat yang nyawaku dalam genggamanNya, jika saya melihatnya maka saya tidak akan meninggalkannya selagi dia tidak mati ataupun saya yang mati."

Saya begitu kagum dengan jawapannya itu. Kemudian budak yang kedua juga bertanya soalan yang sama dan dia juga berkata sebagaimana yang dikatakan oleh budak yang pertama tadi. Kebetulannya saya terpandang Abu Jahal yang sedang berlari-lari di medan perang. Saya pun berkata kepada mereka, "Itulah dia orang yang kamu tanyakan aku tentangnya."

Mendengarkan itu, mereka berdua terus berlari dengan pedang terhunus di tangan. Mereka berdua pergi ke sana dan mula menyerang dengan pedang sehinggalah Abu Jahal dapat dijatuhkan. [3]

Kedua-dua budak tersebut ialah Mu'az ibnu Amr ibnu Jamuh r.a dan Mu'awwidz ibnu 'Afra' r.a.  Mu'az ibnu Amr r.a berkata, "Saya mendengar orang ramai berkata bahawa tiada siapa pun yang boleh membunuh Abu Jahal. Dia dikawal begitu rapi. Daripada saat itulah saya terfikir bahawa saya mesti membunuhnya.

Kedua-dua budak itu berjalan kaki sementara Abu Jahal pula menunggang kuda. Ketika Abdur Rahman ibnu 'Auf r.a melihatnya dan ketika kedua-dua budak itu berlari ke arahnya, Abu Jahal sedang membetulkan barisan-barisan tentera. Oleh sebab dia menunggang kuda maka susah untuk menyerangnya. Oleh sebab itu, salah seorang dari budak itu menyerang kuda dan seorang lagi menyerang kaki Abu Jahal. Akibat serangan itu, kuda pun rebah dan Abu Jahal pula jatuh dan tidak dapat bangun lagi.  Kedua-dua budak itu telah menyerangnya begitu sekali sehingga dia tidak dapat bangun lagi sebaliknya dia terus menggelepur di situ, kemudian barulah mereka meninggalkannya.

Mu'awwiz ibnu 'Afra' r.a telah menambahkan lagi kecederaan Abu Jahal supaya dia tidak dapat melarikan diri. Namun, Mu'awwiz r.a pun tidak terus membunuhnya. Selepas itu barulah 'Abdullah ibnu Mas'ud r.a memenggal kepalanya. (Dalam riwayat Ibnu Ishak menyebut Mu'awwidz yang membunuh Abu Jahal, sedangkan 'Abdullah ibnu Mas'ud hanya memenggal kepala Abu Jahal untuk membawa kepala itu kepada Rasulullah S.a.w)

Mu'az ibnu 'Amr r.a berkata, "Sewaktu saya menyerang kaki Abu Jahal, anaknya 'Ikrimah ada bersama. Dia telah menyerang bahagian bahu saya yang menyebabkan tangan saya terpotong, tetapi tinggal sedikit kulit yang menyebabkan tangan saya itu tergantung-gantung. [4]  Saya telah meletakkan tangan yang tergantung itu di belakang saya dan sepanjang hari saya berperang dengan sebelah tangan. Apabila keadaan tangan saya yang tergantung-gantung itu menyusahkan saya, maka saya telah menekan tangan itu di bawah kaki dan merentap dengan kuat. Tangan itu pun terpisah dari tempat ia tergantung-gantung dan saya telah membuang tangan itu."  [5]

Rafi' dan Samurah ibnu Jundub r.a bergusti

Kebiasaannya apabila Nabi S.a.w pergi untuk berjihad, baginda S.a.w akan memeriksa sendiri keadaan tentera apabila tiba di luar kota Madinah. Baginda S.a.w akan memerhatikan keadaan dan keperluan mereka dan akan memperbaiki apa-apa yang perlu. Nabi S.a.w menyuruh budak-budak muda yang turut serta kerana keghairahan mereka sendiri supaya pulang. Demikianlah yang berlaku apabila Nabi S.a.w keluar untuk Perang Uhud.

Setibanya di suatu tempat, Baginda S.a.w telah memeriksa keadaan tentera dan memerintahkan budak-budak muda supaya pulang kerana umur mereka yang masih muda. Antara mereka ialah 'Abdullah ibnu 'Umar, Zaid ibnu Tsabit, Usamah ibnu Zaid, Zaid ibnu Arqam, Bara' ibnu 'Azib, 'Amr ibnu Hazm, Usaid ibnu Zuhair, 'Arabah ibnu 'Aus, Abu Said al-Khudhri, Samurah ibnu Jundub dan Rafi' ibnu Khadij radhiallahu anhum, yang berumur sekitar 13 hingga 14 tahun.

Apabila mereka diperintahkan pulang, Khadij r.a telah pergi bertemu Rasulullah S.a.w untuk membela anaknya. Beliau berkata, "Anak saya sangat mahir dalam memanah."

Sementara Rafi' r.a sendiri telah berdiri dengan menggunakan hujung-hujung jari kakinya supaya kelihatan lebih tinggi kerana keghairahannya untuk mendapat keizinan Rasulullah S.a.w. Baginda S.a.w telah memberi keizinan kepadanya.

Maka Samurah ibnu Jundub r.a telah berkata kepada bapa tirinya Muraiy ibnu Sinan r.a, "Rasulullah S.a.w telah mengizinkan Rafi' manakala saya tidak diizinkan oleh Baginda S.a.w sedangkan kalau saya berlawan dengannya sudah tentu saya dapat menjatuhkannya."

Rasulullah S.a.w telah menyuruh mereka bergusti dan sememangnya, Samurah r.a dapat mengalahkan Rafi'  r.a. Oleh sebab itu, Rasulullah S.a.w turut mengizinkan Samurah r.a juga.  Selepas itu budak-budak lain cuba mendapatkan keizinan Rasulullah S.a.w juga dan ada di antara mereka yang berjaya mendapat keizinan.  [6]

Zaid ibnu Tsabit r.a diberi keutamaan kerana Al-Quran

Zaid ibnu Tsabit r.a berumur 11 tahun semasa Hijrah dan beliau telah menjadi yatim sejak berumur 6 tahun lagi. Sewaktu Perang Badar beliau telah menawarkan dirinya tetapi tidak mendapat keizinan. Kemudian beliau keluar sekali lagi untuk menyertai Perang Uhud dan diperintahkan pulang seperti yang diketahui dalam kisah yang lalu. Sesetengah perawi pula mengatakan, oleh kerana Samurah r.a dan Rafi' r.a telah mendapat keizinan, maka Zaid ibnu Tsabit r.a juga telah mendapat keizinan. Selepas itu beliau menyertai setiap peperangan.

Semasa Perang Tabuk, bendera Bani Malik berada di tangan 'Ammarah r.a. Rasulullah S.a.w telah mengambil bendera itu daripadanya lalu menyerahkan kepada Zaid r.a. 'Ammarah terfikir bahawa mungkin beliau telah melakukan suatu kesilapan ataupun Baginda S.a.w telah marah kerana suatu sebab, lalu beliau pun bertanya, "Wahai Rasulullah, adakah apa-apa laporan tentang saya telah sampai kepada tuan?"

Baginda S.a.w menjawab, "Bukan kerana itu, tetapi Zaid lebih banyak mengetahui al-Quran daripadamu." Al-Quran lah yang menyebabkan beliau diutamakan untuk memegang bendera. [7]

Umumnya, kebiasaan Rasulullah S.a.w ialah Baginda S.a.w akan mengutamakan seseorang berdasarkan kelebihan dalam agama. Dalam kisah ini, walaupun perkara itu berkaitan dengan urusan peperangan yang tidak ada kaitan langsung dengan penguasaan lebih banyak pengetahuan al-Quran, tetapi Baginda S.a.w tetap mengutamakan Zaid r.a yang mengetahui lebih banyak tentang al-Quran untuk memegang bendera.  Rasulullah S.a.w mengambil kira perkara ini dalam kebanyakan urusan.  Sehinggakan jika berlaku keadaan yang menyebabkan beberapa orang perlu dikebumikan dalam satu liang lahad, Baginda S.a.w masih mendahulukan orang yang lebih banyak mengetahui al-Quran sebagaimana yang telah berlaku di medan Uhud. [8]

Dan banyak lagi kisah-kisah keberanian dan keghairahan remaja / budak-budak muda di zaman Nabi S.a.w. Semoga kisah-kisah contoh yang disebutkan di atas dapat menjadi pengajaran kepada kita bersama agar lebih bersemangat dan ghairah juga untuk berjuang memartabatkan Agama Islam yang tercinta dalam apa jua cara yang dibenarkan oleh syara'.  Wallahu a'lam .......

Monday 1 December 2014

KELAS BIMBINGAN AL-QURAN AL MUQRY


Kelas Bimbingan Al Quran bagi Tahun 2015
Ayuh Tambah Ilmu, Tambah Nilai Diri.
Kelas yang Mesra Bagi Semua Peringkat.

Kelas dan Pembelajaran yang menarik.
Selain Membaca, Kelas Bimbingan Al Muqry juga menekankan soal Faham Makna dan Isi Kandung Al Quran serta menitik beratkan Tajwid di dalam bacaan. Sehubungan dengan itu akan diadakan masa khusus utk mentadabbur Al Quran serta Mempelajari Ilmu Tajwid.

Mesra Bagi Semua Golongan Dan Peringkat Umur. 
Siapa pun yang Berminat, Kanak-kanak, Remaja atau Dewasa, Samada Yang Sudah Mahir dan Fasih Membaca, Ataupun yg Masih Baru ingin Memulakan Pengajian Al Quran amat dialu-alukan Oleh Pihak Kami.

Kelas Yang Terhad dan Selesa.
Hanya 12 orang sahaja di Hadkan bagi Satu-Satu Kelas. Ini kerna ingin memudahkan Guru-Guru Memberi Tumpuan Kepada Pelajar.  Dan Bersusaian dengan Masa yang di Hadkan.

Wednesday 8 October 2014

KEM SYOKNYA IBADAH SIRI 3

        AYUH SERTAI KAMI!!! MANFAATKAN MASA CUTI ADIK-ADIK!!                                                                                

PROMOSI HEBAT!! JANGAN TERLEPAS!!
CUTI SEKOLAH TIBA LAGI!! JOM SERTAI KAMI !! PENUH DENGAN AKTIVITI MENARIK !!
KEM SYOKNYA IBADAH(KSI) SIRI III

YURAN PROMOSI :

(Daftar SEBELUM 17 Nov)
RM80/INDIVIDU
RM60/BERKUMPULAN 3 ORANG KEATAS.

(Daftar SELEPAS 17 Nov)
RM120/individu
RM80/berkumpulan 3 orang keatas

(Pakej sepenuh masa)
rm260 termasuk makan dan penginapan.
(TEMPAT ADALAH TERHAD BAGI PAKEJ INI)

TARIKH : 24 Nov - 6 Dis 2014
TEMPAT : Masjidut Taqwa, Padang Tembak Teluk Intan Perak.
MASA PENDAFTARAN : 8.30 AM (24 Nov)
Program dijalankan setiap hari bermula jam 8.30 pg hingga 12.30 tghari.

CARA PEMBAYARAN : BANK IN / BAYAR SEMASA PENDAFTARAN.
TERHAD KEPADA 200 ORANG PESERTA SAHAJA. TERBUKA KEPADA LELAKI DAN PEREMPUAN BERUMUR 7 TAHUN HINGGA 18 TAHUN. DAFTAR SEGERA SEBELUM 17 NOV 2014.

CARA PENDAFTARAN : Hubungi atau sms NAMA PENUH dan NO KP ke Talian 013-280 5913/ 017-5520 299

AKTIVITI MENARIK :
1) Himpunan Dhuha&zikir munajat
2) Meditasi Iman
3) Pengurusan Jenazah
4) Hafalan Surah Lazim dan Surah Pilihan
5) Kuliah Dasar
6) LDK (Latihan Dalam Kumpulan)
7) Smart Solat.
8) Qiamulail Anak soleh

OBJEKTIF :
1) Membantu peserta meningkatkan kualiti ibadah.
2) Mendidik peserta dalam mendekatkan diri dengan akhlak Islam yang berpaksikan Al-Quran dan As Sunnah.
3) Meningkatkan Jati diri dan potensi peserta

MAKLUMAT TAMBAHAN:
1) Makan disediakan (bagi pakej rm260)
2) Sijil Penyertaan disediakan
3) Fail, Nota, Modul dibekalkan
Sebarang pertanyan sila hubungi kami ditalian:
1) En. Khairul Amirul : 017-5520299
2) En. Dasuki : 013-2805913


(DOWNLOAD-JADUAL-PAKEJ-SEPENUH-MASA)


Tuesday 26 August 2014

BOSAN DENGAN PERANCANGAN SENDIRI


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum,
apa khabar para pembaca semua?? masih bermotivasi atau semangat yang pernah ada hampir mati?? masih ada atau tidak lagi sumber-sumber inspirasi?? kalau hampir kering?? jika ya, perlu segera cari lepas baca post ini. hehehe...

InsyaAllah beberapa post selepas ini akan teman fokuskan pada tajuk demi tajuk atau bab demi bab, utk yob yong semua bace, agar terpandulah matlamat teman utk memotivasi yob yong semua. Entri kali ini bertujuan untuk yob yong semua menyedari proses dan perjalanan segala yang telah yob yong rancang. Agar yob yong tak jemu atau bosan dengan perancangan sendiri. biasa atau tidak kita dengar, ramai orang merancang utk mencapai sesuatu tetapi selalunya separuh jalan ataupun terkandas dipertengahan jalan. Tidak kiralah bg yang merancang ingin mencapai cita-cita, mengejar impian, ingin kaya dan membawa hijrah diri banyaknye hilang jalan akhir perancangannya. Ada pepatah kata, Hangat-hangat tahi ayam, merancang separuh kemudian tinggalkan begitu saja. cuba bayang atau fikir-fikirkan pernah ke benda ni jadi pada yob yong semua?? ataupun yob yong semua pernah jumpa dengan orang yang macam ini, cepat jemu dengan perancangan sendiri..

.Hah!! yob ada jumpe dgn perkara macam ini?? Yong pulak pernah jemu dengan perancangan sendiri...isshhhh..biyo beno yob yong oii...takpe-takpe, entri kali ini teman akan kupaskan mengapa perkara ini terjadi.

Pernahkan Yob Yong semua dengar orang cakap, "GAGAL MERANCANG BERMAKNA MERANCANG UNTUK GAGAL". Ya, betul. Mereka yang gagal merancang sebenarnya sedang utk merancang perjalanan menuju kepada kegagalan. Tapi soalnya sekarang kita semua sudahpun merancang, tapi kita mudah berputus asa daripada melaksanakan segalanya yang telah kita rancang. Kenapa ini terjadi?? Apa puncanya??
 Baru-baru ini teman terbaca status kawan teman di facebook. apa yang menarik yang ditulis oleh kawan teman ini adalah. " Gagal merancang adalah merancang untuk gagal. sy bersetuju dengan itu cuma ada sedikit tambahan TERLALU MERANCANG AKAN MEMBUAT KITA AKAN TERUS MERANCANG DAN MERANCANG". Teman sendiri  merasa macam telah diTAMPO dengan kata-kata ini.

#Ya betul, berapa ramai yang pandai merancang tetapi tidak pandai memulakan langkah pertama. Ini adalah salah satu punca kita jemu dengan perancangan sendiri. Ada orang merancang ingin hijrah diri dan hatinya . tapi tidak punya kekuatan dan tidak tahu bagaimana ingin memulakan. ada orang merancang ingin berniaga tetapi tidak berani dengan risiko dihadapan. ada orang merancang ingin kaya tetapi dengan perancangan yang cepat dan segera. Ada juga yang merancang utk kahwin tapi mula bosan bila terlalu lama merancang. Lalu bagaimana?? apa perlu buat?? jawapannya adalah kita juga perlu merancang bagaiman untuk menggerakkan langkah pertama kita. Ada sebahagian orang punya keyakinan yang tinggi, setelah merancang terus mengambil langkah pertama untuk mencapai matlamat. ada sebahagian orang kurang yakin dirinya, kadang-kadang perlu ditarik, kadang-kadang perlu tolak utk memulakan langkah pertama. Diri kita sendiri juga kadang-kadang perlu utk mengetuk kepala sendiri utk memulakan langkah pertama. Belajar untuk sedar agar kita tidak bosan dengan perancangan sendiri. Setelah siap perancangan utk mengejar apa yang kita impikan...jom buat lagi satu perancangan untuk langkah pertama kita.

Bagaimana merancang langkah pertama?? #tips1 silakan duduk dengan orang yang boleh "mengetuk kepala kita".  Duduk bersama dengan mereka yang akan push kita utk buat apa yang kita rancang. Biasenye orang ini adalah mereka yang bercakap pedas. Mungkin dia akan cakap macam ini dengan kita, " Eleh ko ni poyolah, hari tu cakap nak berubah sgt..tapi tengok sama je, macam tak buat apa-apa je". Tips2, Kumpul kekuatan daripada orang sekeliling. Tidak kira siapa, carilah mereka yang akan sentiasas menyokong jatuh bangun kita. #Tips3 ikuti mereka yang berjaya merancang hidup mereka. belajar sesuatu daripada mereka utk kita berjaya menjadi diri sendiri, jadikanlah cerita hebat mereka sebagai motivasi dan pembakar semangat kepada kita untuk mula langkah pertama. Selalu sebut dalam hati, MEREKA BOLEH BERJAYA KENAPA AKU TAK BOLEH??.

Ha cam mana?? dah ada yang mula nak angkat kaki tu untuk langkah pertama...sabar dulu yob yong...dah malam ini, hope esok pagi bangun dengan semangat dan motivasi baru ye. Ini tips yang pertama teman kongsi utk yong yong semua iaitu "MERANCANG UNTUK LANGKAH PERTAMA" . InsyaAllah akan dikongsikan lagi tips-tips lain. Moh kite tidur ye...

#Motivasi #MuqryTeam #PLFKhairul



Monday 21 July 2014

AKU DAN KITA SEMUA NAK BERUBAH??

teman-teman,
kenapa diri ini susah nak berubah, kenapa diri ini susah nak keluar dan hijrah dari hidup yang sudah. Puas hati memujuk, nafsu ini tidak tunduk.
aku nak berubah...tapi kehidupan lamaku tak ku lepaskan. aku tak keluar dari hiidup ku yg dulu. aku xusaha sungguh2..hingga hati yang dulu bersemangat nak berubah mula luruh. NAFSU mula berkuasa dan berterusan menyuruh.

teman-teman,
aku dan kita semua nak berubah,
aku nak berubah!! tapi aku gelojoh..semua benda aku nak buat dalam satu masa. semua benda aku nak tukar. pakaian aku, percakapan aku, penampilan aku, semua yang dulu nak aku buang. sedang aku terlupa bahawa aku manusia yang terpenjara dengan kehidupan lalu. tidak ada manusia yang baru bangkit dari kesakitan boleh terus berlari dalam kekuatan. pastinya perlukan masa, perlukan hari demi hari untuk sembuh. begitu juga hati ini, dulu hati ini sakit!! tidak dirawat!! apa bisa sembuh dalam sekelip mata?? ianya perlukan masa!! langkah demi langkah!! aku lupa!! aku lupa!!

teman-teman,
aku dan kita semua ingin berubah!!
tapi kita kurang mujahadah. ada harinya kita menangisi kesilapan yang sudah, menadah tangan memohon keampunan Allah, melerai hati dengan taubah. tapi kita tak cukup gagah...hati kita lemah, iman kita selalu kalah, kita ulang semula kesalahan yang sudah-sudah. bila terhantuk kita sedar semula, mohon keampunan Allah. tapi kita tak MUJAHADAH...kita ulang lagi tanpa sedar hati kita makin sakit dan parah!!

teman-teman,
aku dan kita semua ingin berubah!!
kita risau kita hilang kawan. kita risau kita hilang keseronokkan. tapi kalau kita tak berubah dari kehidupan lalu, ada kita risaukan diri dan hati kita?? ada kita risau nama kita tersenarai atau tak dalam syurga?? atau kita nak biar nama kita dalam senarai neraka?? kawan-kawan, sampai bila!! kita nak suka2!! tanda kiamat dah banyak yang menyapa!! sampai bila kita nak suka2, bala Allah bermacam-macam dah melanda!! dah tak ada masa!! dah tak ada masa!! jika kita tinggal sendiri dalam hijrah ini, percaya dan yakin kita sedang menuju sesuatu yang amat baik!! Allah MAHA PENCIPTA. Dialah sumber gembira, Dialah sumber bahagia, Dialah sumber segalanya. ALLAH MAHA ESA.
.: Ayuh Mulakan langkah pertama hijrah :.

Monday 7 July 2014

PERCIKAN API VS SEMBURAN MINYAK WANGI??

PERCIKAN API VS SEMBURAN MINYAK WANGI??

Setiap orang mempunyai potensi diri masing-masing. ada yang menyedari dan ada yang tidak. Ada yang sedar tapi tidak tahu menghalakannya kemana. Ada juga yang tidak tahu dan berterusan mencari apa potensi milik diri. Ada beberapa Faktor yang membantu kita mengenali dan mengembangkan potensi diri kita sendiri. Salah satunya adalah dengan memilih kawan yang baik, boleh memberi pandangan, menasihati dengan jujur serta memberi diri kita kritikan yang membina. Pepatah arab mengatakan :

Jika kita berteman dengan tukang besi, maka terpeciklah kita dengan apinya, jika berteman dengan si penjual minyak wangi maka dapatlah kita percikan wangiannya.

Saya mengenali seorang remaja berumur 17 tahun. Beliau meminati sukan motosikal. Remaja ini dikurniakan Allah satu kelebihan, boleh mengingat dan menghafal dengan cepat. Amat meminati subjek sejarah kerana gemar membaca dan menghafal. Pernah diceritakan pada sy, dulu adik ini pernah beberapa tahun masuk ke sekolah Maahad Tahfiz kerna minatnya. Kemudian berpindah kesekolah aliran biasa. Di sekolah dirinya menjadi tumpuan, diberi jawatan dan dikelilingi ramai kawan. hatinya seronok diraikan oleh rakan2. Bertemu dengan rakan-rakan yang juga meminati sukan permotoran. adik ini menyedari potensi dirinya. Namun begitu ianya terhalang utk berkembang dek kerna kawan-kawan. Terungkap dibibirnya ketika sy dan kawan bersembang dengannya, " Susahlah abg, Bila kita buka Quran nak menghafal, nak baca ada je kawan-kawan yang cakap, "poyo la ko", "nak jadi baik la tu", "nak jadi ustaz ke"...selalunya hasrat adik ni terbatal dek kerna kawannye. Adik ini berpotensi menjadi seorang Hafiz Al quran yang bagus, tapi kerna salah memilih kawan dan suasana yg kurang sesuai, potensinya tak mampu utk dikembangkan.

"Tidak salah berkawan dengan mereka, tapi kita perlu dominan dan kuat di dalam persekitaran itu supaya kita tak tewas dan terikut dengan mereka" jawab kawan saya, memberi semangat kepada adik ini. Jika kita punya kawan yang baik, pastinya potensi diri kita akan didorong dan disokong. inilah sebabnya islam mementingkan dengan siapa kita berkawan. kerna sikap kawan kita akan merubah sikap kita sepertimana yang disebut dalam hadis Baginda :

"Jika ingin melihat akhlak seseorang itu, lihatlah dengan siapa dia berkawan"

kawan itu ibarat benda tajam, kalau tidak berhati-hati berkemungkinan kita akan tercucuk, jika dijaga dan disimpan dengan baik maka banyaklah manfaatnya. Pilihlah kawan yang baik untuk menuju kepada yang lebih baik. Namun Begitu, janganlah dibiarkan kawan-kawan yang lain. kita juga perlu menjadi seorang kawan yg baik kepada orang lain. Kita juga perlu menjadi sipenjual minyak wangi agar orang lain mendapat manfaat dari kita. Tidak rugi memberi kerna kita akan terus menerima diatas pemberian kita. sahabat yang baik bila kita melihatnya, teringatlah kita padaNYA, bila dia bercakap bertambahlah ilmu kita, dengan gerak-gerinya teringatlah kita dengan kematian.

JIKA DI DALAM PENGHIJRAHANMU RAMAI RAKAN YANG MENINGGALKAN KAMU SENDIRIAN, TENANGLAH KERNA KAMU MENUJU SESUATU YANG LEBIH BERMAKNA>>ALLAH RABBUL ALAMIN.

Sunday 27 April 2014

U.M.A.R CAMP

JOM SERTAI KAMI !! PENUH DENGAN AKTIVITI MENARIK !!

U.M.A.R Camp (You Make It Right)

TARIKH : 30 Mei - 1 Jun 2014

TEMPAT : Amir Chalet, Kg Bharu Ayer Tawar, Sitiawan Perak.

MASA PENDAFTARAN : 3.00 PM (30 Mei)

YURAN : RM100 (Tambahan RM20 bagi yang memerlukan khidmat pengangkutan dari Teluk Intan sahaja)

CARA PEMBAYARAN : BANK IN / BAYAR SEMASA PENDAFTARAN.

TERHAD KEPADA 50 ORANG PESERTA SAHAJA. TERBUKA KEPADA LELAKI DAN PEREMPUAN BERUMUR 13 TAHUN HINGGA 18 TAHUN. DAFTAR SEGERA SEBELUM 24 MEI 2014.

CARA PENDAFTARAN : Hubungi atau sms NAMA PENUH dan NO KP ke Talian 013-280 5913/ 017-5520 299

AKTIVITI MENARIK :
1) Himpunan Dhuha
2) Meditasi Iman
3) Explorace : WAR
4) Lontar Masalah : You Make It Right
5) Kuliah Dasar
6) LDK (Latihan Dalam Kumpulan)
7) Malam Kesenian

OBJEKTIF :
1) Melahirkan perasaan ingin berubah di dalam diri peserta
2) Mendidik peserta dalam mendekatkan diri dengan akhlak Islam yang berpaksikan Al-Quran dan As Sunnah.
3) Melatih peserta untuk menerapkan Al-Quran dalam kehidupan seharian

MAKLUMAT TAMBAHAN:
1) Makan 6 kali sehari
2) Aktiviti Luar yang menarik
3) Sijil Penyertaan disediakan
4) Fail, Nota, Modul dibekalkan
5) Sila bawa kelengkapan yang mencukupi dan bersesuaian selama 3 hari 2 malam
6) kasut sukan dan seluar sukan diwajibkan untuk dibawa

Sebarang pertanyan sila hubungi kami ditalian:
1) En. Khairul Amirul : 017-5520299
2) En. Dasuki : 013-2805913
 

Monday 10 February 2014

SAYONARA JAHILIYYAH !!!


                  2014, pastinya ramai dalam kalangan kita ini telah pun membina azam baru. Ada yang berazam untuk mengejar cita-cita sehingga tercapai. Tidak ketinggalan ada yang menanam impian untuk menunaikan apa yang dihajati oleh orang lain. Walaupun begitu, tidak kira apa sahaja azam yang kita bina, sudah pastinya ia adalah perjalanan menuju kepada sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya. Justeru itu, sebagai seorang muslim kita sentiasa digalakkan untuk berazam ke arah yang lebih baik tidak kira sama ada menjelangnya tahun baru ataupun tidak. Begitulah kehidupan dan jiwa sebagai seorang muslim yang mana bersesuaian dengan
hadis Baginda Nabi SAW : 
 Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi, pernah atau tidak kita bertanya pada diri sendiri, adakah pada hari ini kondisi aku lebih baik dari semalam? Adakah Iman aku pada hari ini lebih baik dari semalam? Adakah pada tahun ini, diriku, rohani, jasmani, iman serta amalku lebih baik dari tahun sebelumnya? Atau aku adalah orang yang gagal, kerana hari ini aku lebih teruk daripada hari semalam? Atau aku adalah golongan yang terpedaya kerana hari ini aku masih sama seperti hari-hari semalam? Kita digolongan yang mana?

Jika disingkap kisah terdahulu, bagaimana kukuhnya keazaman para sahabat untuk meninggalkan zaman jahiliyyah mereka demi menuju ke arah sesuatu yang lebih baik iaitu Islam, pastinya sangat jauh berbeza jika dibandingkan mereka dan diri kita. Misalnya, Abu Ubaidah Al-Jarrah yang sanggup meninggalkan segala kekayaannya yang ada semasa beliau belum memeluk Islam demi cinta dan kasihnya kepada agama yang suci iaitu Islam. Begitu juga para sahabat yang lain berhijrah meninggalkan zaman jahiliyyah mereka demi kehidupan fitrah yang memberi kemuliaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. 

Masa tidak akan sesekali menunggu kita. Ia tidak pernah jemu beranjak meninggalkan manusia yang seringkali bertangguh dengan 1001 alasan. Nak berubah? Nantilah, esoklah, ada masa lagi. Perkataan-perkataan seperti ini yang seringkali menjadi batu penghalang kepada manusia demi menuju ke arah kebaikan.

Ayuh kita mulakan langkah baru. Jika dahulu solat kita polos di sana-sini, hari ini kita suntiklah kesungguhan dalam diri kita untuk berubah. Sebenar-benar perubahan. Jika masa remaja kita dahulu disia-siakan kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah, manfaatkanlah masa yang ada ini dengan sebaiknya. Jika dahulu kita bukanlah seorang anak yang baik, tahun ini berazamlah untuk menjadi penyejuk mata kepada kedua ibu bapa. Jika dahulu kita sering alpa dengan suruhan yang Esa, hari ni tanamlah kesungguhan untuk menjadi hamba yang paling bertaqwa di sisi-Nya. 
Ayuhlah remaja, para ibu dan bapa, serta insan yang bergelar Muslim, bawalah mereka yang berada di sekeliling kita untuk meninggalkan jahiliyyah.

SAYONARA
JAHILIYYAH
!!!




Friday 10 January 2014

PAKEJ PROGRAM

Assalamualaikum

BERITA BAIK untuk anda !

Di MUQRY Consultant, kami menyediakan beberapa program yang bersesuaian mengikut lapisan dan peringkat umur. 
Antaranya : 

1. AULAD HEBAT
2. FITRAH
3. KEM SYOKNYA IBADAH
4. UMAR : U Make It Right
5. LET BOOSTER
6. KHALIFAH ARMY

1. AULAD HEBAT
Berkonsepkan Motivasi Rohani Rendah. Fokusnya lebih diberikan kepada kanak-kanak atau pelajar sekolah rendah. Selari dengan peribahasa MELENTUR BULUH BIARLAH DARIPADA REBUNGNYA, MUQRY Consultant rasa bertanggungjawab untuk memupuk si cilik menjadi insan yang kreatif dan proaktif

2. FITRAH
Memfokuskan kepada peringkat REMAJA. Objektifnya untuk melahirkan generasi remaja yang mantap dari segi sahsiah dan rohani.

3. KEM SYOKNYA IBADAH
Menumpukan kepada peringkat kanak-kanak sehingga remaja. Objektif kem ini bagi melahirkan rasa CINTA dalam melaksanakan ibadah dalam kalangan para peserta. Memberikan kefahaman yang sebenar tentang ibadah yang menjadi tonggak bagi seorang Muslim. Ia merupakan kem bersiri yang menjadi program tahunan MUQRY Consultant.

4. UMAR (U Make It Right)
Mensasarkan golongan remaja dan dewasa. Berkonsepkan pemantapan sahsiah dan jati diri. Bertujuan melahirkan sahsiah yang berwibawa dan jiwa yang mantap dalam diri setiap individu. Di dalam Modul ini kami menjadikan Saidina Umar Al Khattab sebagai Ikon dan pencetus kepada perubahan remaja yang bermasalah sahsiah dan jati dirinya.

5. LET BOOSTER
Merupakan seminar untuk peperiksaan. Memberikan motivasi, pendedahan, tips dan kaedah terbaik kepada pelajar-pelajar yang ingin menduduki peperiksaan. Mendedahkan "rahsia" untuk 'score' di dalam peperiksaan dan keberkatan dalam kejayaan yang diperolehi.

6. KHALIFAH ARMY
Berkonsepkan kepimpinan. Setiap manusia itu Allah jadikan sebagai 'khalifah' di atas muka bumi ini. Jadi, kami terpanggil untuk menyediakan platform kepada remaja dan golongan dewasa di luar sana untuk menerapkan ciri-ciri kepimpinan dalam diri. Adapun sebenarnya nilai itu telahpun semula jadi berada pada diri setiap individu, cuma tidak 'ditonjolkan' dengan sebaik mungkin.

Segala program yang dianjurkan oleh MUQRY Consultant berkonsepkan kerohanian dan motivasi

Pesan Buatmu Wahai Pemuda

Pesanan Rasulullah Untuk Pemuda
Sila Klik Fullscreen Untuk Besarkan View more presentations from notarazi