Muslim
Quranic Youth (MUQRY) merupakan sebuah syarikat Latihan dan Konsultansi
yang telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Kami terdiri daripada bekas-bekas pimpinan & mahasiswa/i daripada
pelbagai IPTA/IPTS daripada pelbagai bidang yang mempunyai pengalaman
dalam menganjurkan dan mengendalikan program-program seperti kepimpinan,
pembinaan sahsiah diri, pemantapan solat, pembentukan jati diri, dan
sebagainya. MUQRY diketuai oleh En. Khairul Amirul b. Shafiee (KLIKSINI) sebagai
pengarah urusan syarikat. Atas dasar tanggungjawab dan kesedaran bagi
mendidik dan membimbing masyarakat terutamanya dikalangan remaja. Kami
bersedia untuk membantu menyediakan khidmat latihan dan bimbingan rohani
dan jasmani ke arah membentuk generasi akan datang yang lebih
berkualiti.
Antara
objektif penubuhan kumpulan ini adalah kerana pada masa kini terlalu
banyak berlaku keruntuhan moral dan akhlak dalam kalangan remaja
khususnya yang beragama Islam dan generasi pewaris agama, bangsa dan
negara. Kami melihat perkara ini dari sudut yang serius dan perlu
diambil peduli oleh semua lapisan masyarakat termasuk diri kami sendiri.
Maka kami berusaha menubuhkan MUQRY ini bagi mendekatkan diri kami
dengan golongan yang berkenaan untuk membantu dan menuntun mereka ke
jalan yang sebaik-baiknya.Justeru, bagi memastikan ia
berjaya dan terlaksana, kami telah membuat langkah awal dengan
menawarkan perkhidmatan yang termampu dan sebaik mungkin kepada
institusi-intitusi pendidikan seperti sekolah menengah dan rendah serta
IPTA/IPTS.
Akhirnya,
bagi bersama-sama membendung gejala sosial yang berada pada tahap
kritikal sekarang ini sehingga mengheret mereka ke lembah kemaksiatan,
kami harus bersiap sedia dengan pelbagai perancangan dan juga pendekatan
baru yang lebih kreatif supaya sasaran kami dapat menerima apa yang
kami sampaikan dan bersama-sama membuat pentajdidan (pembaharuan) dalam
diri masing-masing dan berusaha serta mampu menjadi umat yang akan dibanggakan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada suatu masa nanti.
No comments:
Post a Comment