PROFESSIONAL SPEAKER

PROFESSIONAL SPEAKER

Friday 20 September 2013

CINTA...

Bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum, hari admin ingin ceritakan pada sahabat-sahabat tentang cinta. Cinta pada siapa?? jom sama-sama baca entri kali ini.


KESANTUNAN AKHLAK DAN BUDINYA MENYUNTIK CINTA.

pertama sekali marilah kita sama-sama mengucapkan selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW. apa yang admin nak coretkan pada hari ini adalah cinta kepada Baginda Nabi SAW. pernah atau tidak kalian terfikir mengapa sahabat-sahabat begitu cinta dan rindu pada Baginda? Ini adalah kerana akhlak, budi bahasa, kesantunan Baginda SAW yang membuatkan ramai sahabat-sahabat yang jatuh cinta pada Baginda. Lihat sahaja Saidina Umar Al Khattab yang mana sebelumnya beliau adalah salah seorang pemimpin kafir quraisy yang amat digeruni ketika itu, namun begitu, hatinya tertawan dan tewas dengan kesantunan dan kemuliaan akhlak Baginda Nabi SAW. Rasulullah SAW pernah mendoakan Umar Al Khattab walaupun pada ketika itu beliau adalah seorang yang kuat menentang islam.
Rasulullah Saw pernah berdoa :

Ya Allah perkuatkanlah Islam dengan salah seorang dari dua Umar, Umar Al Khattab dan Amru bin Hisyam.

Maka masuklah beliau ke dalam islam apabila hatinya diketuk oleh ayat-ayat Allah yang indah, dan bergegar keseluruhan tanah arab tentang kemasukan Umar ke dalam islam. satu berita gembira yang tidak dapat diceritakan sahabat ketika itu.
.Banyak Telah diceritakan tentang kesatunan akhlak Baginda yang mana telah menyuntik rasa Cinta kedalam diri mereka yang bertemu dengan Baginda.

 1.Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.


2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”

4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”

5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akanALLAH tunai 70 hajatnya.”

Bagaimanakah insan mulia ini tidak selalu dirindui. ketinggian akhlaknya telah membuat ramai yang telah jatuh cinta. kesenangan dan ketenangan dapat dirasai bilamana berada bersama Baginda ketika itu. 

RINDUNYA SAHABAT PADA RASULULLAH

setelah kewafatan Baginda, segalanya telah berubah. Terasa kosong dijiwa sahabat-sahabat bilamana baginda tiada bersama. Bumi mekah ketika itu terasa sunyi, sayu meratapi pemergian Baginda. Bilal bin Rabah tidak lagi melaungkan azan setelah kewafatan Baginda kerana perasaan sedih yang menebal di dalam jiwanya.  Bahkan ada yang tidak bisa menerima dan percaya bahwa Nabi sudah tiada, termasuk Umar bin Khattab. Dengan menghunus pedang, Umar mengancam akan membunuh siapa saja yang mengatakan Rasulullah sudah meninggal.  Abu Bakar masuk dan membuka kain penutup wajah Nabi, mengecupnya lalu menangis tersedu-sedu. Abu Bakar berkata, “Demi ayah dan ibuku, engkaulah yang terbaik dalam hidup dan matimu. Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, Allah tidak akan pernah menyakitimu”. Itulah ungkapan hati dari seorang penasehat, sahabat, mertua, dan sekaligus pengikut setia.

Ukhwah yang terjalin antara nabi dan juga sahabat-sahabat membuatkan mereka terlalu merindui baginda bilamana baginda telah tiada. Senda gurau baginda, senyum manis Baginda, Nasihat-nasihat Baginda, segalanya bermaiin di dalam fikiran mereka. segalanya yang mereka lalui bersama baginda hanya menjadi kenangan. Namun begitu, Rasullullah sentiasa hidup dihati mereka, kecintaan yang selalu menyubur, kerinduan yang sentiasa mekar, mereka meneruskan lagi perjuangan Baginda menyebarkan islam keseluruh pelusuk bumi. sehinggalah kehari ini, sampainya islam kepada kita semua. sehingga kehari ini masih diberikan kenikmatan dan kesempatan utk hidup didalam nikmat iman, islam dan ihsan. hargai segala pengorbanan yang baginda lakukan, dengan semaikan cinta dan rindu pada Baginda di dalam hati kita. Tidak rugi walau sesaat, dalam usaha menyemai cinta ini. banyakkan selawat dan salam kepada baginda. Tepuk dada Tanya pada diri, adakah hari ini, sudah tersemai rindu dan cinta pada Baginda Nabi? bagaimana hati ini bila dikenangkan tentang perjuangan nabi? pernah atau tidak mengalirkan airmata kerana rindukan Baginda?

.: selawat dan salam buat junjungan besar NABI SAW :.

No comments:

Post a Comment

Pesan Buatmu Wahai Pemuda

Pesanan Rasulullah Untuk Pemuda
Sila Klik Fullscreen Untuk Besarkan View more presentations from notarazi