teman-teman,
kenapa diri ini susah nak berubah, kenapa diri ini
susah nak keluar dan hijrah dari hidup yang sudah. Puas hati memujuk,
nafsu ini tidak tunduk.
aku nak berubah...tapi kehidupan lamaku
tak ku lepaskan. aku tak keluar dari hiidup ku yg dulu. aku xusaha
sungguh2..hingga hati yang dulu bersemangat nak berubah mula luruh.
NAFSU mula berkuasa dan berterusan menyuruh.
teman-teman,
aku dan kita semua nak berubah,
aku nak berubah!! tapi aku gelojoh..semua benda aku nak buat dalam satu
masa. semua benda aku nak tukar. pakaian aku, percakapan aku,
penampilan aku, semua yang dulu nak aku buang. sedang aku terlupa bahawa
aku manusia yang terpenjara dengan kehidupan lalu. tidak ada manusia
yang baru bangkit dari kesakitan boleh terus berlari dalam kekuatan.
pastinya perlukan masa, perlukan hari demi hari untuk sembuh. begitu
juga hati ini, dulu hati ini sakit!! tidak dirawat!! apa bisa sembuh
dalam sekelip mata?? ianya perlukan masa!! langkah demi langkah!! aku
lupa!! aku lupa!!
teman-teman,
aku dan kita semua ingin berubah!!
tapi kita kurang mujahadah. ada harinya kita menangisi kesilapan yang
sudah, menadah tangan memohon keampunan Allah, melerai hati dengan
taubah. tapi kita tak cukup gagah...hati kita lemah, iman kita selalu
kalah, kita ulang semula kesalahan yang sudah-sudah. bila terhantuk kita
sedar semula, mohon keampunan Allah. tapi kita tak MUJAHADAH...kita
ulang lagi tanpa sedar hati kita makin sakit dan parah!!
teman-teman,
aku dan kita semua ingin berubah!!
kita risau kita hilang kawan. kita risau kita hilang keseronokkan. tapi
kalau kita tak berubah dari kehidupan lalu, ada kita risaukan diri dan
hati kita?? ada kita risau nama kita tersenarai atau tak dalam syurga??
atau kita nak biar nama kita dalam senarai neraka?? kawan-kawan, sampai
bila!! kita nak suka2!! tanda kiamat dah banyak yang menyapa!! sampai
bila kita nak suka2, bala Allah bermacam-macam dah melanda!! dah tak ada
masa!! dah tak ada masa!! jika kita tinggal sendiri dalam hijrah ini,
percaya dan yakin kita sedang menuju sesuatu yang amat baik!! Allah MAHA
PENCIPTA. Dialah sumber gembira, Dialah sumber bahagia, Dialah sumber
segalanya. ALLAH MAHA ESA.
.: Ayuh Mulakan langkah pertama hijrah :.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pesan Buatmu Wahai Pemuda
Pesanan Rasulullah Untuk Pemuda
Sila Klik Fullscreen Untuk Besarkan
View more presentations from notarazi
No comments:
Post a Comment